Ramai yang tidak tahu sejarah penubuhan satu kumpulan Nasyid yang satu ketika dahulu agak dikenali di negeri Kedah.Lagunya disebut sebut oleh pelajar sekolah Agama umumnya.Mungkin ada juga pernah menyanyikan lagunya akan tetapi tidak tahu dari mana datangnya kumpulan itu.
Disini ingin saya ceritakan serba sedikit tentang sebuah kumpulan yang bernama Zulfan .Kumpulan Zulfan ditubuhkan seawal tahun 2006 diasaskan oleh beberapa anak muda yang ketika itu masih belajar di Maaahad Tahfiz Al Quran- Wal qiraat Kedah yang bersebelahan dengan Masjid Sultanah Bahiyyah .Anak muda yang bercita -cita tinggi dalam berdakwah melalui nasyid .
Kumpulan Nasyid Zulfan terdiri daripada 6 orang anak muda sebenarnya iaitu saudara Fakrul Radhi
(Vokal UNIC ), Saudara Isham ismail ( vokalis Khayran ),saudara Mhd Khir Rejab ( Ex Munawwar) ( Second Voice) ,saudara Khairil (RIDA) (Second Voice) ,saudara Amir Ishak (Third voice) dan Saudara Zubir ( Bass) sehingga era 2006 hingga 2010 .Pada tahun 2010 sehingga sekarang masih lagi mengadakan persembahan jika ada permintaan ,akan tetapi tak berapa cukup korum.
Kumpulan Zulfan yang diketuai oleh Ustaz Isham Ismail telah menghasil 3 buah album komersial sendiri iaitu Album Pertama Rintihan ,Album Kedua Kedamaian dan Last sekali Pelayaran .
Album Pertama Sepenuhnya menggunakan Percussion
Album Kedua Minus One
Album Ketika Minus One jugak..
Dan alhamdulillah kesemua sudah ada karrier masing-masing. Kami mohon doa dari peminat zulfan Permudahkan urusan kami dunia dan akhirat .Amin .Sedikit Coretan Lagu Zulfan
Persada perjuangan : https://www.youtube.com/watch?v=uwDfwCOF_Po
Memori Itu ; https://www.youtube.com/watch?v=5bXp8rITfwI
Bicara Cinta : https://www.youtube.com/watch?v=jSgQtt73ai8
Ibu : https://www.youtube.com/watch?v=jfwtYdXv08I
Seri Dihati : https://www.youtube.com/watch?v=bTXRWO37CUw
![[Zulfan+(2Kedamaian).jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpRsbYhjtujkRSJeIi8MBMiBFW1YLLjPj1y4gXa3E_C-8iKXbqH12t2AleY77lSlLPmgu7XqvXFwq1lL5qD_kHyV1eE5cJ6D0UXeN4VkdDCPE8j4IEC4OsP7L4WaR60xurKCT1lDtPFwM2/s1600/Zulfan+(2Kedamaian).jpg)
![[zulfan.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9K2j0pnMpi8x_8Ca6x9YMcaSY5QgNk8EkyxJh3efju6w9Vlc7LH6vC-Ki3syUuwD11X_lVItq3yo4qvk8q-DJbf9VXe3cnlHhp5cKYXOrz7T02WcEgf668LxYSRSG6ZqN_hXB0PgHqXFE/s1600/zulfan.jpg)
Yang Benar
Mhdkhir Zulfanis https://www.facebook.com/mhdkhir.mhdrejab
http://bit.ly/322vVFd
COPYRIGHT CONTROL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan